Puisi kekanda
7:40 PM | Author: Pelaut
Kucipta puisi ini secara hentam keromo,
Sekadar untuk dikenang dan
berupa petanda kepada satu tanda iaitu; kita pernah berkampong di Kampung Lanybydder.
Perkampungan kita di lokasi High Mead,
Berbangunankan High Mead Foundation,
Bangunan itu mengait benang-benang ukhwah,
beratus hari lamanya,
kemas terjalin dan bakal terlerai beberapa saat lagi.
Benarkah?
Ku tidak mahu jawapannya negatif.
Moga doa rabitah yang sering dipanjatkan kepada-Nya menampakkan keberkatannya.
Tuhan, perkenankan doa ini.

Kak Nor, Kak Rose, Kak Long dan Kak Ngah,
Kak Liha, Kak Aiza, Emi, dan Sarimah,
Kak Yah, Kak Ayu, Kak Za dan Kak Jah,
serta chef di Sheffield sana nun,
Semoga perjuangan menyatukan kita.
Amin.

Dardaa’, Faisal, Abdul Hadi, dan Zubir,
Fitri, Khairuddin, Hamdi, dan Syukri,
Semoga perjuangan menemukan kita.
Amin.

Kekanda sekalian,
Besarkan jiwa kita,
Keraskan semangat kita,
Kentalkan doh tarbiah diri kita,
Demi ‘pelita ayam’ yang kita gantungkan di langit yang melangit tinggi.


Oleh
Nor Arbaeiyah Wahab.
Dibacakan di atas pentas sempena majlis perpisahan kekanda pelajar tahun akhir 2004.
|
This entry was posted on 7:40 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: