Masihkah Ada Peluang
11:36 AM | Author: Pelaut

Masihkah ada peluang,
Untuk diluang dan diulang-ulang,
Benda yang sama tetapi berbilang-bilang,
Inginku julang-julang,
Hendak kubilang-bilang biar terbilang,
Permata memori yang tiada kubilang.

7 Oktober 2002,
bertemu noktah akhirnya jua,
mungkin dilupa…
dan mungkin tidak dilupa,
apa pun, kita pernah bersua.

Dari zink berkarat kita melangkah keluar,
Melangkahkan 14 kaki ke negara luar.
United Kingdom menjadi tempat belajar,
Asal niat kita, menjadi terpelajar.

Usah dipandang dengan mata sebelah,
Misi kita tidak berat sebelah,
Ayuhlah kita sama-sama terbelah,
Membelah harapan yang masih belum terbelah.

T-kah, Asmaa’, Nor-D, dan Daa Zek,
juga Yan-t serta Syair,
Kita adalah beliung yang bertemu dengan ruyung,
Juga bagaikan tempayan dengan gayung.


Dikesempatan yang ada,
bukanlah aku ingin mengada-ngada,
Sekadar melontarkan bicara yang sudah sedia ada.
Tahukah kalian apa yang ada,
Dalam hati dan juga dada?
Disitu letaknya terkilan dan terharu yang menyucuk dada.

Aku terkilan dengan apa yang berlaku,
Adakah aku tersilap laku?
jika itu kesilapan aku,
maafkan aku.. maafkan aku..

Aku terharu dengan apa yang berlaku,
Kita bersama, tujuh selaku,
Sama jiwa, sama laku.
Harap-harap semuanya laku.

Ampunkan aku duhai sahabat,
Kawan rapat teman rapat,
Jika ada kesalahan terdapat,
Biarkan sahaja hilang bukannya terkemas rapat.

Jadi,
Masihkah ada peluang,
Untuk diluang dan diulang-ulang,
Benda yang sama tetapi berbilang-bilang,
Inginku julang-julang,
Hendak kubilang-bilang biar terbilang,
Permata memori yang tiada kubilang.

Direka khas untuk tujuh sekawan, budak-budak tahun akhir kolej European Institute of Human Sciences, June 2005. Dibacakan pada malam perpisahan anjuran KAPTEIIS.
|
This entry was posted on 11:36 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: